Awal pagi semalam, saya terima whatsapp.

“Tuan, boleh tak uruskan rumah saya di Tg Malim. Rumah di area Taman Wangsa Jaya.”

“Kenapa ye?”, saya balas.

“Dulu saya ada buat 1 rumah untuk homestay dan 1 rumah bilik sewa. Lepas keja, biasanya saya akan uruskan apa yang patut.

4-5 bulan ni, tak sempat saya urus. Anak saya kena Leukimia dan isteri sakit buah pinggang, dialisis setiap minggu. Tak terkejar saya.”

************

Saya selalu ingatkan diri saya sendiri tentang kehidupan. Tentang sabar. Tentang usaha.

Tak semua orang mampu bertahan, macam kita bertahan. Ikat perut dalam diam, hanya untuk memastikan ada duit untuk membiayai kos rawatan, beli ubat itu ini. Urus dan utamakan masa yang begitu panjang buat insan tersayang.

Tak semua orang mampu menyimpan macam kita menyimpan. Ada orang berbaki sen-sen sahaja sebulan. Catu makan untuk diri sendiri, itu benar.

Tak semua orang mampu berbuat lebih dari 1 kerja macam kita. Ada yang kerjanya tak cukup masa, begitu begini kena tumpu begitu begini. Terpaksa bawa kerja pejabat ke ruang tamu rumah.

Tak semua orang hidup tanpa ada cabaran macam kita. Kadang dah menyimpan elok, tiba-tiba Allah uji, takdirkan duit itu nak kena guna sekian-sekian buat emak ayah, buat anak, buat adik beradik dan sebagainya.

Lain orang, lain cabarannya. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan, diberi ketabahan dalam perjuangan kehidupan. Dan dipermudahkan urusan di dunia ini 🤲🏻.

Selasa, salam Ramadan pertama 1445H.
Awal pagi semalam, saya terima whatsapp. “Tuan, boleh tak uruskan rumah saya di Tg Malim. Rumah di area Taman Wangsa Jaya.” “Kenapa ye?”, saya balas. “Dulu saya ada buat 1 rumah untuk homestay dan 1 rumah bilik sewa. Lepas keja, biasanya saya akan uruskan apa yang patut. 4-5 bulan ni, tak sempat saya urus. Anak saya kena Leukimia dan isteri sakit buah pinggang, dialisis setiap minggu. Tak terkejar saya.” ************ Saya selalu ingatkan diri saya sendiri tentang kehidupan. Tentang sabar. Tentang usaha. Tak semua orang mampu bertahan, macam kita bertahan. Ikat perut dalam diam, hanya untuk memastikan ada duit untuk membiayai kos rawatan, beli ubat itu ini. Urus dan utamakan masa yang begitu panjang buat insan tersayang. Tak semua orang mampu menyimpan macam kita menyimpan. Ada orang berbaki sen-sen sahaja sebulan. Catu makan untuk diri sendiri, itu benar. Tak semua orang mampu berbuat lebih dari 1 kerja macam kita. Ada yang kerjanya tak cukup masa, begitu begini kena tumpu begitu begini. Terpaksa bawa kerja pejabat ke ruang tamu rumah. Tak semua orang hidup tanpa ada cabaran macam kita. Kadang dah menyimpan elok, tiba-tiba Allah uji, takdirkan duit itu nak kena guna sekian-sekian buat emak ayah, buat anak, buat adik beradik dan sebagainya. Lain orang, lain cabarannya. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan, diberi ketabahan dalam perjuangan kehidupan. Dan dipermudahkan urusan di dunia ini 🤲🏻. Selasa, salam Ramadan pertama 1445H.
0 Commentaires 0 Parts 1945 Vue